10 November 2013 - 20:30
Fahami mesej ibadah haji, hadapi konspirasi kuasa besar dunia

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Ali Khamanei menyatakan salah satau masalah yang sedang dihadapi dunia Islam ialah perselisihan puak dan mazhab sedangkan banyak kekuatan yang dapat dicerap dari ibadah haji.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran dalam pertemuan bersama para pegawai urusan haji menceritakan bahawa kuasa besar dunia sudah lama mengeluarkan biaya dan menyediakan latar konspirasi fitnah agama dan fanatik puak. Beliau turut menyeru agar potensi ibadah haji dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghadapi konspirasi tersebut.Pemimpin Iran ini mengingatkan bahawa konfrontasi agama tidak hanya terhad kepada Syiah dan Sunni semata-mata. Beliau berkata, "Musuh sudah berjaya mewujudkan konfrontasi-konfrontasi ini, mereka akan mula membuat provokasi di dalam mazhab-mazhab."Ayatullah Khamenei menerangkan, peluang memahami matlamat dan keperluan yang dikongsi bersama oleh umat Islam merupakan salah satu kekuatan dalam falsafah ibadah haji. Kata beliau, "Banyak kekuatan yang berkait rapat dengan ibadah haji. Ianya bukanlah sesuatu perkara yang asing. Para pemikir dan penyelidik hendaklah memanfaatkannya dengan menyingkap kekuatan ini dan sentiasa konsisten dengannya."